THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, June 19, 2010

Doa Buat kekasih

بِسْـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

…Dengan nama Allah

Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…



Ya Allah…

Seandainya telah Engkau catatkan…

Dia milikku, tercipta buatku…

Satukanlah hatinya dengan hatiku…

Titipkanlah kebahagiaan antara kami…

Agar kemesraan itu abadi…



Ya Allah…

Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi

Seiringkanlah kami melayari hidup ini…

Ke tepian yang sejahtera dan abadi…

Menyedari dan Merasai dengan sebenarnya kepentingan Allah SWT di dalam kehidupan

Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan

Maka jodohkanlah kami…



Tetapi ya Allah…

Seandainya telah engkau takdirkan…

Dia bukan milikku…

Bawalah dia jauh dari pandangan ku…

Luputkanlah dia dari ingatanku

Dan peliharalah aku dari kekecewaan…



Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…

Berikanlah aku kekuatan…

Menolak bayangannya jauh ke dada langit…

Hilang bersama senja yang merah…

Agarku sentiasa tenang…

Walaupun tanpa bersama dengannya…



Ya Allah yang tercinta…

Pasrahkanlah aku dengan takdirMu…

Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan…

Adalah yang terbaik buatku…

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…

Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…



Ya Allah…

Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…

Di dunia dan di akhirat…

Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini…

Janganlah engkau biarkan aku bersendirian…

Di dunia ini mahupun di akhirat…

Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran…

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…

Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…

Ke jalan yang Engkau redhai…

Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah…



Ya Allah…

Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat…

Dan peliharalah kami dari azab api neraka…

Amin… Amin… Amin…Ya rabbal ‘aalamiin…

*** entri kali ni tentang doa seorang kekasih.. ~tak membawa mksud laen nih~. just amalan kte supaya dapatkan jodoh terbaek dari ALLAH s.w.t.. So, kepada sesape yg tengah syiok bercinta tu, amal2kan doa ni ye.. hehe.Jodoh di tangan Tuhan.. smga berbahagia selalu.. =)

Sunday, June 13, 2010

Jika ia sebuah cinta..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..
Segala puji pujian untuk Allah..


Jika ia sebuah cinta… ia tidak mendengar… namun sentiasa bergetar.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak buta namun sentiasa melihat dan merasa.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak cantik namun sentiasa menarik.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa menghampiri dengan hati.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sinar mata.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak hanya berjanji.. namun sentiasa cuba memenangi.

Jika ia sebuah cinta… ia mungkin tidak suci.. namun sentiasa harmoni.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak hadir kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan… namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan..