THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, July 31, 2010

S.A.B.A.R. <------ i need to know the real meaning of this word..

Hidup?? dugaan?? sabar?? memang x dapat dipisahkan..
walaupun sebesar mana pun masalah yg datang kepada kita, kita WAJIBLAH BERSABAR! ALLAH s.w.t amat menyayangi hamba2Nya yg sabar.walau seteruk mana pun diri kita bermasalah,dihimpit kesusahan, kehilangan sesuatu yg amat dsayangi, hati yg terluka,cemuhan2, penyakit yang blum tahu penawarnya dan len2, kita mestilah yakin bahawa semua itu adalah ujian daripada ALLAH. ALLAH takkan bagi sesuatu ujian ke atas hambaNya melainkan hambaNya itu mampu menghadapi ujian tersebut.. kita yg lemah ni, must hold tightly a key.. S.A.B.A.R.! Everythings happen for reason , rite? (i really3 like this quote ^^)

sakit macam mana pn masalah itu, kalau kte terus bersabar, in our heart, everything gonna be alright.. yakinlah dengan kata2 ALLAH.. teruskan melangkah.. pegang erat2 kunci SABAR tu. senyumlah semampu boleh kerana itulah kekuatan kita.. (wlaupun jiwa terseksa, kn? :)





thanks ALLAH for giving us a word

S.A.B.A.R




Friday, July 2, 2010

Terketar ketar saya baca petikan ni.. Hawa, jom baca!

...Nasihat Syeikh Ali Tantawi kepada semua muslimat...

Kepada Puteriku


Wahai puteriku..aku seorang bapa yang sedang memasuki usia lima puluh tahun..


Usia muda telah aku lewati aku tinggalkan kenangan, impian, lamunan-lamunan dengan segala ujian-ujian dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.


Wahai puteriku….banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.


Semua itu berterusan aku sampaikan, aku tulis dan khutbahkan…..sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu. Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi. Kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.


Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubuhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu negara Islam yang mamu mengelak.


Sebagai contoh negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yag sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya, sekarang masyaALlah!!Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. Kita gagal, dan aku kira kita tidak akan berjaya. Tahukah engkau apa penyebabnya?


Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya.


Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha unuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.


Engkau benar puteriku, bahawalah kaum lelakilah yang mula mula melangkah menempuh jalan
dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.


Engkau berkata kepada pencuri : “Silakan masuk”…dan setelah engkau kecurian barulah engkau tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak ..”tolong….tolong...aku kecurian.”


Seandaiya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.


Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri, pasti engkau akan berhati hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yang kikir terhadap pencuri.


Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki meinginkan lebih dari sekadar kambing……dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.


Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu…iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.


Wahai puteriku….Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.


Aku bersumpah lagi: “Demi Allah, jangan percaya terhadap kata kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab”. Bohong …bohong …demi Allah dia berbohong.


Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.
Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.


Apakah sesudah itu puteriku?



Renungkanlah!




"Aku hanyalah insan biasa yang menyatakan sesuatu hari ini, mungkin esok ku ubah kembali, dan mungkin lusa ku ubah lagi.." -Imam Abu Hanifah.

I MISS DAT MOMENTS...

Mentari muncul lagi.. berlalu lah segala kenangan ari yg lepas.. huh. Adakah ari ni lebih baek daripada semalam? adakah esok lebih baek drpd ari ni? hurmmm.. thinking.thinking~ semoga setiap yg berlalu terkandung seribu sejuta cerita dlm hidup kte..

 sejenak terfikir smbil repeat, repeat, repeat n repeat lagu 'SEBUAH PERTEMUAN' nyanyian U AND I SEE (UNIC).. semua cweet n sour + bitter memories seolah2 berjogging slow2 dlm pkran pagi ni.. hish.. clap. dalam pkran plus lg ngan kalbu (hati) hehe. All I noe is I'm really really mish dat moments( memang unforgettable memories). Semua kenangan ni selalu berlegar2 di ruang kepala ku.. memang sedih ++ sebak ++ nk nangis ble tingat kembali saat2 kenangan ni were happenned. wow.. ayat cket mat salleh ye d stew.. haha.

I miss....

saat berada di MRSM KUALA BERANG..


*** bersama kwan2 dlm kelas.. sme2 blaja + maen2 dlm kelas

*** kat dwan selera, mkn2, bual2, usha2 org..haha

*** maen netball sme2 ngan gurls kelas dinamik

*** homeroom Q!! umi tini & adek badek homeroom

*** suasana lam bilik A28 & K24

*** time prep.. study?? maen2 pn manyak.. hehe

*** time break kat kelas.. konvoi rmai2 gi koop

*** roll call! sume muke semangat nk gi klas ni.. ehee~

*** time reks.. curi mknn ikan, bg ikan mkn. round mktb smbil mkn ice cream berry blist.. yumm2!

*** kat psp ( library) bual2 dlu bru bukak buku.. mlm2 slalu ciapkan omwork kat cni..

*** time lepak2 dlm bilik.. plus makan! bersama roomate2 yg mmg memahami.. kn3? haha

*** outing kat pekan kuala berang.. pasar mlm+pasar tani+ dan sgala bagai pasar.. 

*** aktiviti bersama homeroom! seyes best..umi, sy rindu ngn homeroom kte! huhuhu.

*** time perhimpunan kat D.G. sume org berperang ngan PERASAAN ngantok.. >.<

*** waktu hujan kat qber. sunyi je.. pastu sume rumput2 segar bugar.. Subhanallah. mmg best cgt time ni..

*** kat dlm surau.. smayang jemaah,dgr ceramah, usrah sme2.. ## first sight pn kat cni.. hehe. ish!

*** bersama kwn2 satu batch.. mmg meriah..mcm2 ragam. SAYA BATCH 07/08.. yess!

*** senior2 2007 yg baek.. =) junior wat salah, senior yg kena ngan ckgu.. sory.thanks seniors atas semua bimbingan..

*** junior2 ku pd thun 2008.. adek2 mmg nakal.haha.

*** saat time tingat kat umah.. mish my family soo much!

*** bergayut kat tepon malam2 time liteoff..

*** time sume gurls gatherring together.. soalan dlm jiwa: ade spotcheck ke ni??

*** ptg2 yg santai, talking about everything! ecece.. ayat! haha

*** maen kat playground. turun ni, panjat tu..

*** amek basikal..ronda2 maktab pg jumaat.. riding without fears gtu.. hehe.

*** i miss my best friends

*** i miss Homeroom Q 

*** i miss Dinamicians

*** i miss my teachers

*** i miss SQUIDWARD. noktah! 


^.^



~Hawa Adam
pemegang nombor maktab 07135