THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, September 13, 2010

may I smile?

Thanks ALLAH for sending *HIM to me..

Hope everything gonna be fine

ALLAH bless us..Aminnn..

May I smile?

=)

Alhamdulillah.. Thanks YA ALLAH..

Thanks ******



               klia,13september2010..
0203 a.m.

Tuesday, August 24, 2010

ALLAH Maha Mengetahui..

Monday, August 16, 2010

Something to be shared..

Salam..
Bismillahirrahmannirrahim..


http://www.salafus-sholih.blogspot.com/  <----- KLIK DI SINI.pilih labels 'wanita'

>> selamat melihat! same2 kte pk2kan..


Hawa,selamat menjaga diri! May ALLAH bless us alwiz.. :)

Wednesday, August 11, 2010

yeay! Ramadhan dtg lg.. ^_^

Alhamdulillah.. Ramadhan dtg ni.. yeay! It's most meaningful month! ;) Bulan yg terdapat Malam Lailatul Qadar padanye.. jom kite cari2 malam Lailatul Qadar jom! jom rebut2 peluang n kesempatan yg ada utk memperbanyakkan amalan kte, kerana ALLAH s.w.t... Alhamdulillah jgak sbb sy dpat lg balik & berpuasa kat Malaysia pd tahun ni..Thanks, Ya ALLAH. haaa.. bulan puase ni byk2kn brsabar yea.. update2 la iman tu..May ALLAH bless us alwiz. Riang Ria Ramadhan! ♥

Amalan2 sunat time bulan Ramadhan..

1) Menyegerakan berbuka setelah masuk waktu maghrib. Sunat berbuka dengan kurma dan segelas air.

2) Membaca doa ketika berbuka

3) Melambatkan makan sahur. Sebaik-baiknya dua jam sebelum Subuh.

4) Membanyakkan ibadah di malam hari sepanjang berpuasa di bulan Ramadan. Solat tarawih pada setiap malam Ramadan dan witirnya.

5) Mulai malam 15 Ramadan sampai akhir bulan, membaca doa Qunut pada rakaat akhir solat witir

6) Berdoa dan berzikir setiap malam sesudah witir.

7) Bertadarus samada sendiri atau secara berkumpulan.

8) Beriktikaf di masjid terutama pada 10 hari terakhir Ramadan.

9) Membanyakkan ibadah malam terutama di malam 10 yang terakhir di bulan Ramadan.

10) Memperbanyakkan sedekah. Tidak kira sedekah apa-apapun. Harta, makanan, pakaian atau apa sahaja. Jika tidak mampu, berilah senyuman kerana ia adalah sedekah yang paling ringan.

11) Menjamu orang-orang yang berbuka puasa. Elok jika majlis berbuka dibuat dari rumah ke rumah atau di masjid.

12) Menjauhi perkara yang tidak berfaedah.
 
13) Mendapat keampunan apabila beristighfar sepanjang hari di bulan puasa.

14) Membanyakkan ibadah di bulan Ramadan kerana mengharap keredaan ALLAH SWT..


Renung renungkan dan selamat beramal!
 :D



Friday, August 6, 2010

kEtENaNgAn JiwA

Punca2 jiwa x tenang

* prasangka yang negatif
* kerisauan yg berlebihan
* kekangan minda
* pemikiran & tingkahlaku yg melampau
* tekanan / stress
* masalah family
* masalah kewangan
* mengabaikan agama


Langkah Menenangkan jiwa

* jgn wat sangkaan yg x berasas
* jgn risau pada benda yg remeh
* meminta nasihat
* mempelbagaikan aktivti hidup
* belajar "LUPAKAN JE..."
* membantu org yg mempunyai masalah yg sama
* mengenangkan keperitan(kenangan) yg lalu
* berikan masa utk diri
* mendekatkan diri dgn ALLAH s.w.t
* syg diri sendiri

Saturday, July 31, 2010

S.A.B.A.R. <------ i need to know the real meaning of this word..

Hidup?? dugaan?? sabar?? memang x dapat dipisahkan..
walaupun sebesar mana pun masalah yg datang kepada kita, kita WAJIBLAH BERSABAR! ALLAH s.w.t amat menyayangi hamba2Nya yg sabar.walau seteruk mana pun diri kita bermasalah,dihimpit kesusahan, kehilangan sesuatu yg amat dsayangi, hati yg terluka,cemuhan2, penyakit yang blum tahu penawarnya dan len2, kita mestilah yakin bahawa semua itu adalah ujian daripada ALLAH. ALLAH takkan bagi sesuatu ujian ke atas hambaNya melainkan hambaNya itu mampu menghadapi ujian tersebut.. kita yg lemah ni, must hold tightly a key.. S.A.B.A.R.! Everythings happen for reason , rite? (i really3 like this quote ^^)

sakit macam mana pn masalah itu, kalau kte terus bersabar, in our heart, everything gonna be alright.. yakinlah dengan kata2 ALLAH.. teruskan melangkah.. pegang erat2 kunci SABAR tu. senyumlah semampu boleh kerana itulah kekuatan kita.. (wlaupun jiwa terseksa, kn? :)





thanks ALLAH for giving us a word

S.A.B.A.R




Friday, July 2, 2010

Terketar ketar saya baca petikan ni.. Hawa, jom baca!

...Nasihat Syeikh Ali Tantawi kepada semua muslimat...

Kepada Puteriku


Wahai puteriku..aku seorang bapa yang sedang memasuki usia lima puluh tahun..


Usia muda telah aku lewati aku tinggalkan kenangan, impian, lamunan-lamunan dengan segala ujian-ujian dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.


Wahai puteriku….banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.


Semua itu berterusan aku sampaikan, aku tulis dan khutbahkan…..sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu. Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi. Kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.


Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubuhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu negara Islam yang mamu mengelak.


Sebagai contoh negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yag sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya, sekarang masyaALlah!!Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. Kita gagal, dan aku kira kita tidak akan berjaya. Tahukah engkau apa penyebabnya?


Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya.


Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha unuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.


Engkau benar puteriku, bahawalah kaum lelakilah yang mula mula melangkah menempuh jalan
dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.


Engkau berkata kepada pencuri : “Silakan masuk”…dan setelah engkau kecurian barulah engkau tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak ..”tolong….tolong...aku kecurian.”


Seandaiya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.


Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri, pasti engkau akan berhati hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yang kikir terhadap pencuri.


Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki meinginkan lebih dari sekadar kambing……dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.


Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu…iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.


Wahai puteriku….Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.


Aku bersumpah lagi: “Demi Allah, jangan percaya terhadap kata kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab”. Bohong …bohong …demi Allah dia berbohong.


Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.
Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.


Apakah sesudah itu puteriku?



Renungkanlah!




"Aku hanyalah insan biasa yang menyatakan sesuatu hari ini, mungkin esok ku ubah kembali, dan mungkin lusa ku ubah lagi.." -Imam Abu Hanifah.