THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, February 9, 2010

Novel Kalimah Cinta Suci..

Apabila kelopak cinta gugur, dia sujud menghadap kudus kasih abadi, dalam pasrah dia mencari di manakah noktahnya sebuah kalimah cinta suci...

A&G University College menjadi garis pertemuan lima pelajar dengan latar hidup yang berbeza. Hisham Izzuddin, Suhailah, Nur Aisyah, Nadhirah dan Hashimah menjalin persahabatan yang begitu erat, saling memberi dan menerima.

Apakah definisi sebenar cinta?
Persoalan itu sering mengetuk pintu hati si teruna dara. Hisham Izzuddin keliru, antara kasih Nur Aisyah dan keegoannya untuk memiliki hati Suhailah. Kerana kekeliruan itu juga dia diterjah kemelut yang akhirnya menggugah rasa. Jika Suhailah yang bertakhta di hati, wajarkah dia mengkhianati kasih suci Nur Aisyah?

Kata putus terucap, Nur Aisyah pasrah mencari cinta sejati. Air mata menjadi saksi dalam pencarian. Haruskah dia melepaskan Hisham Izzuddin dan terus menutup pintu hati terhadap cinta yang datang hanya sekali.

Dia akhirnya pasrah, walau hatinya terluka, dia sujud mengharap kasih Yang Satu. Air mata menjadi saksi dalam pencarian yang tidak bertepi dan dia kembali mendakap cinta dalam senyuman dan air mata. Wajarkah kecewa dan penyesalan menguburkan segala yang dicita?
 
***p/s:Novel 'Kalimah Cinta Suci' karya Nani Nuraini byk mengajar tentang perbezaan cinta kpd Allah S.W.T. & cinta mnusia. byk mesej yg dismpaikan melalui novel ni.memg best!! rse mcm nak khatam byk kali je novel ni..hehe :D

0 comments: