THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, March 13, 2010

=)

Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia,
sedekahkanlah satu senyuman walau hatimu tak lagi mampu bertahan,
belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,
berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran,
hiduplah dalam Iman walau hari hari dipenuhi dugaan dan
berpeganglah kepada Allah walau Dia tidak kelihatan..
bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini.
Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan
yakinlah Tuhan menguji keimanan kpd-Nya...
Jgn terlalu banyak berkhayal untuk menjadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu,
perihal kehidupan sebagai cermin
dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lg abadi..
Moga lelahmu dihargai Illahi walau dicemuh insani..

Thursday, March 11, 2010

✿Beijing ~New Life, New Hope~✿


BEIJING FOREIGN STUDIES UNIVERSITY
First day datang Beijing, 1 November 2009..
Studying mandarin language for 5 years..
first year-foundation..
the others 4 years- Bachelor in Mandarin Language..
Nama ♥ ♥ ♥ N.W.A.
♥ ♥ ♥ Hua Yi Da (华伊达)


Beijing, 北京 yg dulu dikenali sebagai Peking adalah sebuah negara yg sy diami sekarang ni.. jauh terpisah ngan Malaysia. Namun, ada byk misi hidup sy di cni. As a hamba Allah, Muslim girl, daughter, student, friend.. Perjuangan perlu diteruskan.. Basyaaaaahh! :D

Jika dibandingkan ngan Malaysia, of coz la Malaysia LAGI LAGI best.. mne tak nyer. 'Hujan emas di negeri orang, lebih baik hujan batu di negeri sendiri..' hehe. TAPI, kat cni sy byk mengenal erti kehidupan sebenar, kehidupan yg lebih berdikari bersama teman2 jer.. Jauh dari umi abah.. huhuhu. (tetibe terbayang muka umi abah kat umah..)

okeh.. no story to be shared kot kali ni.. *xtau nk cter camne dalam penulisan gini. takut naty meleret leret leret panjangnyer.. ye ker? hua3.




SCENERY OF BEIJING~~


*musim salji.. first musim time sy sampai kat bumi Beijing nih..



*snow white!! =)

*kekreatifan melanda.. ish3. =D

*bunga2 cinta?? ^^ kcian bunga kesejukkkkan..




Friday, February 26, 2010

♥ CONFIDENCE ♥ TRUST ♥ HOPE..

One day in a village, the villagers decided to pray for rain.On that day of prayer everyone
gathered and only one boy came with an umbrella. That's CONFIDENCE..

When you throw a 1 year old baby in the air, he laughs because he knows you will catch him.
That's TRUST..

Every night we go to bed but we are not sure that we will wake up tomorrow, but we still have
many plans for the coming day. That's HOPE..

♥ ♥ So,, be strong muslimah that have confidence, trust in ALLAH S.W.T and never lose hope.. ^_^

Saturday, February 20, 2010

AURAT WANITA ~~~ iNdAhNya CiptAan ALLAH (。◕‿◕。)

Allah telah menjadikan manusia ini berpasang-pasangan.
Malam pasangannya siang, jaga pasangannya tidur,
rajin pasangannya malas dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.
Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.
Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya
dan menjauhi laranganNya.
Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.
Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.

Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan,
maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.
Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup,
maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya. Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit,

maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap,
walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,
walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara spontan,
entah tak tahu kenapa?
Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa,
menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.
Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,
iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat
warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.
Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakaipun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu,
dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai,
perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan mahram,
atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar,
mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu". Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki,
mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah,
kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.
Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat sekalian..

Tuesday, February 16, 2010

Siapa dengan kita sekarang?? Hargailah mereka..

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka
sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Wednesday, February 10, 2010

Teman sejati..


Dalam senyum ada maksud tersirat
dalam ketawa ada tersimpan kesedihan
dalam hati tersimpan seribu rahsia
tetapi..
dalam persahabatan tersimpan seribu kenangan

Hati itu ibarat berlian yang bergemerlapan
dan setiap ukhuwah yang terjalin
adalah penguat sinarnya
maka, simpulkanah setiap
satunya dalam hatimu
ku harap kau mengerti
bahawa hidup ini tak pernah sepi
dan kau punya teman yang takkan menyepi

Hargailah setiap saat kita bersama
kerana sememangnya ia hanya seketika.
Ukhuwah yang terjalin atas NUR KASIH Illahi
akan semakin mekar jika disebaliknya terlakar
kisah perjuangan bersama..

semoga ukhuwah yang terbina
dengan lafaz Bismillah
hanya akan berakhir dengan
lafaz Innalillah..


SOMETIMES..

Sometimes GOD breaks our spirit to save our soul

sometimes HE breaks our heart to make us whole

sometimes HE sends us pain so we can be stronger

sometimes HE sends us failure so we can be humble

sometimes HE sends us illness so we can take better care of ourselves

sometimes HE takes 'ANYTHING' from us so can learn the value of 'EVERYTHING' we have..


p/s : Al-Fatihah buat teman sy, Allahyarham Mohd Faiz Fahmi yg telah pergi menghadap Illahi saat kami brsama2 berusaha mencapai cita2 masing2.. Al-Fatihah..

Tuesday, February 9, 2010

Novel Kalimah Cinta Suci..

Apabila kelopak cinta gugur, dia sujud menghadap kudus kasih abadi, dalam pasrah dia mencari di manakah noktahnya sebuah kalimah cinta suci...

A&G University College menjadi garis pertemuan lima pelajar dengan latar hidup yang berbeza. Hisham Izzuddin, Suhailah, Nur Aisyah, Nadhirah dan Hashimah menjalin persahabatan yang begitu erat, saling memberi dan menerima.

Apakah definisi sebenar cinta?
Persoalan itu sering mengetuk pintu hati si teruna dara. Hisham Izzuddin keliru, antara kasih Nur Aisyah dan keegoannya untuk memiliki hati Suhailah. Kerana kekeliruan itu juga dia diterjah kemelut yang akhirnya menggugah rasa. Jika Suhailah yang bertakhta di hati, wajarkah dia mengkhianati kasih suci Nur Aisyah?

Kata putus terucap, Nur Aisyah pasrah mencari cinta sejati. Air mata menjadi saksi dalam pencarian. Haruskah dia melepaskan Hisham Izzuddin dan terus menutup pintu hati terhadap cinta yang datang hanya sekali.

Dia akhirnya pasrah, walau hatinya terluka, dia sujud mengharap kasih Yang Satu. Air mata menjadi saksi dalam pencarian yang tidak bertepi dan dia kembali mendakap cinta dalam senyuman dan air mata. Wajarkah kecewa dan penyesalan menguburkan segala yang dicita?
 
***p/s:Novel 'Kalimah Cinta Suci' karya Nani Nuraini byk mengajar tentang perbezaan cinta kpd Allah S.W.T. & cinta mnusia. byk mesej yg dismpaikan melalui novel ni.memg best!! rse mcm nak khatam byk kali je novel ni..hehe :D