THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, June 19, 2010

Doa Buat kekasih

بِسْـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

…Dengan nama Allah

Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…



Ya Allah…

Seandainya telah Engkau catatkan…

Dia milikku, tercipta buatku…

Satukanlah hatinya dengan hatiku…

Titipkanlah kebahagiaan antara kami…

Agar kemesraan itu abadi…



Ya Allah…

Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi

Seiringkanlah kami melayari hidup ini…

Ke tepian yang sejahtera dan abadi…

Menyedari dan Merasai dengan sebenarnya kepentingan Allah SWT di dalam kehidupan

Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan

Maka jodohkanlah kami…



Tetapi ya Allah…

Seandainya telah engkau takdirkan…

Dia bukan milikku…

Bawalah dia jauh dari pandangan ku…

Luputkanlah dia dari ingatanku

Dan peliharalah aku dari kekecewaan…



Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…

Berikanlah aku kekuatan…

Menolak bayangannya jauh ke dada langit…

Hilang bersama senja yang merah…

Agarku sentiasa tenang…

Walaupun tanpa bersama dengannya…



Ya Allah yang tercinta…

Pasrahkanlah aku dengan takdirMu…

Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan…

Adalah yang terbaik buatku…

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…

Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…



Ya Allah…

Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…

Di dunia dan di akhirat…

Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini…

Janganlah engkau biarkan aku bersendirian…

Di dunia ini mahupun di akhirat…

Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran…

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…

Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…

Ke jalan yang Engkau redhai…

Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah…



Ya Allah…

Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat…

Dan peliharalah kami dari azab api neraka…

Amin… Amin… Amin…Ya rabbal ‘aalamiin…

*** entri kali ni tentang doa seorang kekasih.. ~tak membawa mksud laen nih~. just amalan kte supaya dapatkan jodoh terbaek dari ALLAH s.w.t.. So, kepada sesape yg tengah syiok bercinta tu, amal2kan doa ni ye.. hehe.Jodoh di tangan Tuhan.. smga berbahagia selalu.. =)

Sunday, June 13, 2010

Jika ia sebuah cinta..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..
Segala puji pujian untuk Allah..


Jika ia sebuah cinta… ia tidak mendengar… namun sentiasa bergetar.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak buta namun sentiasa melihat dan merasa.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak cantik namun sentiasa menarik.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa menghampiri dengan hati.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sinar mata.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak hanya berjanji.. namun sentiasa cuba memenangi.

Jika ia sebuah cinta… ia mungkin tidak suci.. namun sentiasa harmoni.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak hadir kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan… namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan..

Thursday, May 20, 2010

Sabarlah wahai hati....

Hati memang sensitif kan.. ade sesetengah tu mudah sgt terluka. susah nk sembuh.. ade sesetengah hati yang susah terluka dan cepat sembuh (ni la kot hati yg paling molek.. waaah2.untungnyer ade hati camni..) urmm.. hati..hati.. Indahnya ciptaan ALLAH. Dalam diri manusia ade satu organ yg halus sifatnya, sukar ditafsir oleh manusia sendiri.. nk diHIGHLIGHTkan disini, sesape yg patah hati sebab manusia.. tangisilah ia sekadar shja..
sape2 yang tengah bersedih tu, yg patah hati.. jom bace lirik lagu ni..jaga hati tau! hehe. May ALLAH S.W.T. bless us alwiz. :D


CERITA HATI.. by Hafiz Hamidon..


Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa


Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan


Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan


Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi


Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga


Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta..

** kadang2 kiter perlu menangis supaya kte tau mahalnya nilai airmata.. Hepi2 k. Yg lepas dah lepas.. Life must go on. Keep move forward. REMEMBER! u're not alone. ALLAH always with you. Always be with HIM.. ;)

Friday, May 14, 2010

Jangan menangis!!

Ya Allah..
hanya padaMu aku memohon

ampunkanlah aku

kuatkanlah aku

kenapa sebegini mudah

air mata ini laju menitis kali ini

Aku sedar siapalah aku,

hambaMu yang hina,

yang sekadar melempiaskan perasaan pada makhluk ciptaanMu jua

seharusnya air mata ini ku khaskan kepada Mu

mencari cinta kudus dari Mu

Astagfirullah..

Ya Allah Ya Tuhan Yang Maha Agung

Sesungguhnya Engkau adalah sebaik baik perlindungan

lindunglah aku dalam rahmat Mu..

mencari cinta hakiki dariMu itulah lebih berharga

dari cinta insani yang tak kekal lama

setelah itu, bimbinglah aku

tuntunlah aku mencari ADAM yang terbaik untukku

demi namaMu, Ya Allah..

moga cinta yang ku temui

adalah cinta yang diredhaiMu..

Aminnnn..
  

nukilan: missNWA

*** seyesly, takut sangat terlanjur mengejar cinta manusia, yg entah camne hakikatnyer.. mudah sgt terjerat.. Ampuni aku, pegangilah aku Wahai Pemilik Nyawaku.. moga cinta yg ditemui diredhaiMu..ikhlas mencintai & dicintai.

Saturday, March 13, 2010

=)

Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia,
sedekahkanlah satu senyuman walau hatimu tak lagi mampu bertahan,
belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,
berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran,
hiduplah dalam Iman walau hari hari dipenuhi dugaan dan
berpeganglah kepada Allah walau Dia tidak kelihatan..
bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini.
Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan
yakinlah Tuhan menguji keimanan kpd-Nya...
Jgn terlalu banyak berkhayal untuk menjadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu,
perihal kehidupan sebagai cermin
dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lg abadi..
Moga lelahmu dihargai Illahi walau dicemuh insani..

Thursday, March 11, 2010

✿Beijing ~New Life, New Hope~✿


BEIJING FOREIGN STUDIES UNIVERSITY
First day datang Beijing, 1 November 2009..
Studying mandarin language for 5 years..
first year-foundation..
the others 4 years- Bachelor in Mandarin Language..
Nama ♥ ♥ ♥ N.W.A.
♥ ♥ ♥ Hua Yi Da (华伊达)


Beijing, 北京 yg dulu dikenali sebagai Peking adalah sebuah negara yg sy diami sekarang ni.. jauh terpisah ngan Malaysia. Namun, ada byk misi hidup sy di cni. As a hamba Allah, Muslim girl, daughter, student, friend.. Perjuangan perlu diteruskan.. Basyaaaaahh! :D

Jika dibandingkan ngan Malaysia, of coz la Malaysia LAGI LAGI best.. mne tak nyer. 'Hujan emas di negeri orang, lebih baik hujan batu di negeri sendiri..' hehe. TAPI, kat cni sy byk mengenal erti kehidupan sebenar, kehidupan yg lebih berdikari bersama teman2 jer.. Jauh dari umi abah.. huhuhu. (tetibe terbayang muka umi abah kat umah..)

okeh.. no story to be shared kot kali ni.. *xtau nk cter camne dalam penulisan gini. takut naty meleret leret leret panjangnyer.. ye ker? hua3.




SCENERY OF BEIJING~~


*musim salji.. first musim time sy sampai kat bumi Beijing nih..



*snow white!! =)

*kekreatifan melanda.. ish3. =D

*bunga2 cinta?? ^^ kcian bunga kesejukkkkan..




Friday, February 26, 2010

♥ CONFIDENCE ♥ TRUST ♥ HOPE..

One day in a village, the villagers decided to pray for rain.On that day of prayer everyone
gathered and only one boy came with an umbrella. That's CONFIDENCE..

When you throw a 1 year old baby in the air, he laughs because he knows you will catch him.
That's TRUST..

Every night we go to bed but we are not sure that we will wake up tomorrow, but we still have
many plans for the coming day. That's HOPE..

♥ ♥ So,, be strong muslimah that have confidence, trust in ALLAH S.W.T and never lose hope.. ^_^